SPM 2024 makin baik, calon dapat gred A, C bertambah

KUALA LUMPUR, 24 APRIL — Ketua Pengarah Pendidikan menyifatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 adalah pencapaian terbaik sejak 2013.  

Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Adnan berkata Gred Purata Kebangsaan (GPK) semakin mengecil iaitu 4.49 berbanding 4.60 pada tahun sebelumnya. 

“Keseluruhan pencapaian calon SPM bagi 2024 adalah sangat membanggakan. Ia adalah keputusan SPM terbaik bermula pada 2013.

“Ini dapat dilihat berdasarkan GPK yang semakin mengecil berbanding beberapa tahun kebelakangan ini. 

“GPK 2024 adalah 4.49, manakala pada 2023, 4.60, untuk 2022, 4.74 dan 2021, 4.86,” katanya pada Sidang Media Pengumuman Keputusan SPM 2024 di Kementerian Pendidikan hari ini.

Azman berkata calon yang memperoleh keputusan semua A juga menunjukkan peningkatan iaitu 14,179 calon berbanding 11,713 calon pada tahun sebelumnya.    

Katanya, calon yang mendapat kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan iaitu seramai 86,040 calon berbanding 83,112 calon pada 2023.

“Daripada keseluruhan 95 mata pelajaran SPM 2024, 59 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 30 mata pelajaran menurun, satu mata pelajaran kekal.

“Daripada tujuh subjek teras iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam, hanya Pendidikan Moral menunjukkan penurunan prestasi.

“Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi iaitu 0.19 mata manakala Bahasa Melayu menunjukkan prestasi terbaik dengan Gred Purata Mata Pelajaran 3.72,” katanya.

Seramai 402,918 calon mendaftar peperiksaan SPM 2024 meningkat 1.7 peratus atau 6,994 calon berbanding SPM 2023.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...