Soalan apa ini? Rafizi kesal diusik media

KUALA LUMPUR, 24 MEI — Datuk Seri Rafizi Ramli enggan ditemu bual pihak media selepas Nurul Izzah Anwar diumumkan sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu.

Menteri Ekonomi berkata media lebih sesuai menemu bual Nurul Izzah selepas anak Perdana Menteri itu berjaya memenangi jawatan nombor dua parti, lapor Malaysia Gazette.  

“Anda patut temu bual Timbalan Presiden,” katanya kepada pemberita selepas bergegas meninggalkan dewan persidangan di Johor Bahru malam tadi. 

Ditanya perasaannya selepas tidak berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi menempelak: “apa punya soalanlah!” katanya.

Rafizi semalam tewas kepada Nurul Izzah dengan majoriti 5,937 undi dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. 

Datuk Seri R Ramanan pula merupakan muka baharu yang berjaya memenangi jawatan Naib Presiden PKR selain tiga penyandang jawatan sama.  

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mendapat kedudukan tertinggi dengan 7,955 undi diikuti Ramanan (5,895) dan Datuk Seri Aminuddin Harun (5,889).

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...