Siti Nurhaliza ulang, tiada bayaran menyanyi di KKM

KUALA LUMPUR, 24 APRIL — Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menegaskan tiada bayaran yang diterima untuk persembahan nyanyian di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Biduanita Negara itu berkata penegasan berkenaan terpaksa dibuat sekali lagi selepas banyak fitnah dan tohmahan berlegar di media sosial.

“Tadi saya tulis dan muat naik di Instagram story. Tetapi bila melarat-larat, senang saya letak sini. Saya anggap ini bukan hal kecil sebab keluar di berita, portal dan media sosial.

“Pastikan sesuatu yang sahih baru menulis kerana fitnah, komen, petikan nama, gambar dan ulasan yang tidak benar memberikan implikasi yang sangat tidak baik.

“Walhal saya seikhlas hati menghiburkan tanpa bayaran pada majlis yang diperkatakan itu,” katanya mengulas perdebatan warga maya di media sosial. 

Beliau mengulangi pendiriannya selepas wujud pihak tertentu membandingkan kenyataannya dengan penyanyi Datuk Jamal Abdillah. 

Media semalam melaporkan Jamal menerima bayaran ketika diundang pada majlis sama membuatkan warga maya meragui kenyataan Siti. 

Siti, 46, berkata warga maya perlu memastikan sesuatu berita itu sahih sebelum berkongsi dan memberikan ulasan di media sosial.

Katanya, persembahannya di KKM kelmarin sememangnya tidak berbayar demi menghiburkan petugas hadapan di kementerian itu.

“Anda hendak menuding jari atau menzahirkan rasa, pandangan atau sesuatu berkaitan mana-mana jabatan dan sebagainya, jangan kaitkan sesuatu yang akhirnya jadi fitnah.

 “Saya pula antara yang diperkatakan dan menjadi mangsa tohmahan secara tidak langsung. Saya diundang sebagai tetamu. Saya hadir menyantuni majlis.

“Kepada semua yang menyampaikan hal palsu ini, baik media, individu atau netizen, saya berharap agar anda sedar akan implikasi fitnah kepada seseorang,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Bimbang hujan, SPR seru pengundi keluar lebih awal

KUALA LUMPUR, 26 APRIL — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)...

Tiba awal, tiga calon PRK Ayer Kuning selesai mengundi 

KUALA LUMPUR, 26 APRIL — Hari pengundian Pilihan Raya...

Erma: Pengurus pesantren ditahan, Bidaah capai objektif

Oleh Kamil Awang KUALA LUMPUR, 26 APRIL — Penerbit Erma...

Tun Mahathir tuntut Zahid mohon maaf isu hartanah UMNO

KUALA LUMPUR, 25 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad...