Sindiket along ganggu pengarah syarikat wanita ditahan polis

Tindakan agresif sekumpulan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ‘along’ yang mengganggu pengarah syarikat wanita membawa padah apabila mereka diberkas polis, baru-baru ini.

Semakan mendapati keempat-empat suspek lelaki warga tempatan yang ditahan itu adalah penjenayah tegar yang memiliki puluhan rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat mangsa berkaitan gangguan diterimanya daripada sindiket pinjaman wang tidak berlesen

Chang Hook berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) IPD Brickfields melancarkan serbuan dan menahan empat lelaki berusia 35 hingga 47 tahun.

“Siasatan lanjut mendapati mereka mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kes di daerah dan kontinjen lain.

“Semakan mendapati suspek pertama dan kedua mempunyai 17 rekod jenayah manakala suspek ketiga 18 rekod jenayah dan suspek keempat lapan rekod jenayah.

“Semua suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951,” katanya

sumber : METRO | #InspirasiChannelz | #FaktaBukanAuta

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...