Sin Chew lemah, alasan tidak munasabah, kata bekas bos DBP

KUALA LUMPUR, 21 APRIL — Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Awang Sariyan menyelar akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily mendakwa tersilap dalam ilustrasi Jalur Gemilang. 

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu berkata alasan akhbar berkenaan tidak wajar ekoran proses teliti penerbitan sesebuah akhbar.  

“Dalam kes penerbitan akhbar, ada tatacara aliran kerja piawai yang perlu dilalui oleh penerbit dalam proses penerbitan. 

“Teks dan grafik yang hendak diterbitkan perlu disemak oleh editor dan ada masanya ketua editor pun membuat semakan akhir sebelum bahan itu dicetak. 

“Akhbar Sin Chew Daily yang sudah lama beroperasi tidak wajar menjadikan alasan ‘kesilapan’ bagi penerbitan grafik bendera negara,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas penerbitan muka depan akhbar Sin Chew Daily minggu lalu.  

Tan Sri Razarudin Husain kelmarin memaklumkan polis sudah merujuk kertas siasatan Sin Chew Daily kepada Pejabat Peguam Negara.

Ketua Polis Negara memaklumkan seramai 54 individu dirakam keterangan berhubung penerbitan salah Jalur Gemilang dan terdapat saksi lain mungkin akan dipanggil.

Katanya, siasatan awal mendapati antara alasan yang diberikan akhbar itu adalah berlakunya kesilapan teknikal dalam penyiaran ilustrasi terbabit. 

Awang Sariyan berkata alasan akhbar itu amat lemah dan jauh daripada munasabah kerana menghina identiti negara Jalur Gemilang. 

Katanya, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sendiri bertitah Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara dan tidak boleh dipersendakan dengan apa cara sekalipun.  

“Pengendali media wajib bertanggungjawab memastikan bahawa kedaulatan negara tidak dipersendakan. 

“Malah media berperanan penting dalam membentuk sikap hormat, setia dan cinta kepada negara dalam kalangan masyarakat,” katanya. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...