Setiap ringgit zakat yang dikeluarkan adalah sinar harapan bagi mereka yang memerlukan – Onn Hafiz

Syukur Alhamdulillah, semasa balik ke Simpang Renggam, saya berpeluang menyantuni keluarga asnaf dalam Program Belanja Dapur Asnaf, satu inisiatif untuk memastikan golongan yang memerlukan mendapat keperluan asas yang mencukupi, khususnya dalam bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta, memberi manfaat kepada 12 ribu penerima, dengan setiap keluarga menerima RM300 untuk membeli barangan keperluan harian. Langkah ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi satu usaha memastikan mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan terjamin.

Selain itu, sebanyak RM18 juta turut diperuntukkan bagi Bantuan Hari Raya Aidilfitri, memberi manfaat kepada 88 ribu penerima. Bantuan ini merangkumi 6,911 ketua keluarga fakir yang menerima RM500 setiap keluarga dan 30,987 ketua keluarga miskin yang menerima RM400 setiap keluarga, manakala setiap tanggungan turut menerima RM50. Inisiatif ini adalah usaha dalam memastikan setiap keluarga yang memerlukan tidak terpinggir dan mampu menyambut Syawal dengan lebih bermakna.

Program-program seperti ini adalah bukti bahawa setiap ringgit yang dikeluarkan oleh pembayar zakat sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kerajaan Negeri komited untuk terus memperkasa agenda kebajikan rakyat, memastikan tiada golongan yang dipinggirkan dalam arus pembangunan negeri ini.

Semoga bantuan ini menjadi asbab keberkatan dan sedikit sebanyak meringankan beban keluarga asnaf. Tiada kegembiraan yang lebih besar selain melihat senyuman di wajah mereka yang dibantu. Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan Bangsa Johor.

  • YAB Menteri Besar Johor
- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...