Sepanyol juara Euro 2024, England terus kempunan

Alvaro Morata menjulang trofi meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan selepas tamat perlawanan Euro 2024 antara Sepanyol dan England di Berlin, Jerman, 14 Julai 2024. (Foto AP)

PEMAIN gantian, Mikel Oyarzabal menjaringkan gol empat minit sebelum tamat perlawanan untuk memastikan kemenangan 2-1 Sepanyol ke atas England dalam aksi final Euro 2024 pada awal pagi Isnin.

Kemenangan itu menjadi kejuaraan Eropah keempat buat La Roja manakala England terus kempunan tewas dalam dua perlawanan akhir berturut-turut.

Oyarzabal yang menerima umpanan Marc Cucurella ketika serangan balas pantas untuk gol kemenangan Sepanyol memastikan rentak cemerlang memenangi kesemua tujuh perlawanan yang diharungi mereka dalam kejohanan itu.

Separuh masa pertama berlangsung agak hambar dengan Sepanyol mempunyai lebih banyak penguasaan dan lawan mereka mendapat satu-satunya percubaan tepat ke sasaran.

Namun, segalanya berubah pada separuh masa kedua dengan Sepanyol hanya memerlukan dua minit untuk memecah kebuntuan gol.

Pemain remaja sensasi Sepanyol, Lamine Yamal melakukan hantaran sempurna untuk pemain sayap Nico Williams meledak gol pertama pada minit ke-47.

Selepas itu, Sepanyol mempunyai beberapa peluang keemasan dan siri serangan berbahaya mengancam kubu pertahanan England.

Foto AP

Pengendali England, Gareth Southgate melakukan pertukaran memasukkan Ollie Watkins dan Cole Palmer dan hasilnya penyerang Chelsea itu berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-73.

Foto AP

Namun, Sepanyol tetap tenang untuk menjaringkan gol kemenangan melalui pemain gantian, Oyarzabal pada minit ke-86.

SINAR HARIAN | Foto AP | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...