Sejarah Tabung Haji Di Bawah Era Pimpinan Tun Dr Mahathir

Hari ini 43 tahun yang lalu, berlangsung upacara peletakan batu asas Menara Tabung Haji di tapaknya di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Majlis upacara tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri ke-4, Datuk Seri (kini Tun) Dr. Mahathir Mohamad. Pembinaannya siap 2 tahun kemudian & dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-8, Sultan Iskandar pada 19 September 1984.

Dalam ucaptamanya semasa majlis tersebut, Dr. Mahathir mengingatkan umat Islam masa kini harus berusaha membangun secara bersama sebagai satu ummah & tidak hanya menitik beratkan amal ibadat untuk diri sendiri sahaja.

Ia dibina dengan belanja sekitar RM102 juta di atas tanah seluas 55,700 meter persegi, berketinggian 151.8 meter terdiri daripada 38 tingkat (27 tingkat pejabat, 7 tingkat parkir, 2 tingkat bilik servis serta 2 tingkat menempatkan dewan besar, kedai & bank).

Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH, nama lama Lembaga Tabung Haji) itu direka oleh arkitek Malaysia kelahiran Singapura, Hijjas Kasturi berasaskan konsep yang diutamakan dalam Islam – Kesederhanaan, Disiplin & Kesatuan.

5 kolum utama dari dasar hingga puncak melambangkan 5 Rukun Islam, pelan lantai bercorak geometri menggambarkan ekspresi simplistik kesenian tradisi Islam & bentuknya yang cengkung membawa idea revolusi pemikiran moden yang perlu dimiliki umat Islam.

*Gambar menunjukkan arkitek Menara Tabung Haji, Hijjas Kasturi memberi penerangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada majlis itu.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, The Patriots Asia

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...