CERITA SUNGAI BAKAP
Sehari sebelum mengundi di Sg Bakap PMX buat kenyataan bahawa beliau di lahirkan di Sg Bakap
Ya PMX anak Cheruk Tok Kun P Pinang.Tak jauh dari Pekan Sungai Bakap
Beberapa hari sebelumnya TPM yg juga Presiden UMNO turun sendiri ke Sg Bakap membawa tawaran projek puluhan juta jika calun Madani menang
TPM DS ZAHID HAMIDI mahu jadikan kemenangan calun Kerajaan Madani HADIAH untuk PMX
DS Zahid juga tidak melepaskan peluang untuk sekali lagi menghina saya sebagai “gila talak”.Maklumlah beliau merasakan PH dan UMNO begitu popular dan semua orang tergila gila padanya.
Saya hanya mampu senyum dipersendakan “orang besar”
Beberapa minggu sebelum penamaan calun saya sudah turun ke Nibong Tebal khususnya Sg Bakap
Saya bertemu kawan kawan lama dalam UMNO dan PEKIDA.Kebetulannya saya pernah di “baiah”oleh seorang “Ayahanda” pemimpin di Sg Bakap.
Sebagai Timbalan Ketua Pengarah dan Timbalan Pengarah Operasi PRK saya juga meninjau data data pilihanraya dan turun padang ke daerah mengundi utk merasai “denyut nadi”dan sentimen raķyat Sg Bakap
PH lebih awal mengumumkan calunnya.Calun itu di istiharkan sebagai CALUN KERAJAAN PERPADUAN.Saya lega kerana PH “self proclaimed” mewakili Kerajaan
Ia memudahkan PN posisikan #AbangAbidin sebagai CALUN RAKYAT
KERAJAAN MADANI VS RAKYAT
Saperti diduga Calun Perpaduan berkempen dengan segala kemewahan peruntukan Kerajaan.Program Kerajaan membawa turun Para Menteri dan Perdana Menteri.
PN kekalkan kempen merakyat dengan bergantung harap pada sukarelawan bantu tanpa sebarang habuan.
Aktiviti kempen hanya sekadar apa yang di sedekah dan di infaq oleh ahli dan rakyat
Namun gerakan berkempen sangat mendasar dan “micro targeting”.Malah kempen kalangan bukan Melayu tetap di usahakan walau tenaga kempen amat terbatas
Rata rata kempen PN diberi sambutan hangat oleh rakyat semua kaum dan strata kepartian
Saya tidak putus putus bertemu pemimpin UMNO akar umbi.Berbual Mesra.Kadang kala bertemu di luar kawasan pilihanraya.Saya dapat merasakan dokongan pemimpin akar umbi terhadap MUAFAKAT
UMNO PAS BERSATU(MN) – Tan Sri Annuar Musa
Selepas seminggu berkempen sudah terasa suasana kemenangan buat CALUN RAKYAT.Cuma perlu di pastikan rakyat keluar mengundi.
Rumusannya rakyat sudah hilang keyakinan dan kepercayaan pada kerajaan.Rakyat tidak lagi takut untuk bersuara
Dikalangan ahli dan penyokong UMNO di akar umbi pula mereka menolak Presiden mereka dan JAJARAN BARUNYA.
Ahli akar umbi mendokong gagasan MUAFAKAT NASIONAL
Ahli umno dan penyokong umno dibawah pula sudah nekad menyertai usaha PERIKATAN NASIONAL.Makin sebati dan makin serasi.Mereka lebih yakin kpd dasar dan perjuangan PAS dan PERIKATAN NASIONAL
Menjelang tengahari hari mengundi saya diberi lapuran awal dari simulasi bahawa PN bakal menang dengan lebih 2000 majoriti
Gerakan mengajak keluar mengundi diperhebatkan.
Momentum kebangkitan rakyat mula di rasakan
PAS dan PN sekali lagi menawan tempat kelahiran PMX sendiri.
Tawaran berpuluh juta dari DS ZAHID Hamidi telah menyebabkan lebih banyak kehilangan undi.Kedatangannya menyebabkan PH kalah lebih teruk lagi
Rakyat sudah bersuara…..
#InspirasiChannelz | FB Tan Sri Annuar Musa