Saya juga minta SPRM supaya keluarkan perintah isytihar harta kepada Farhash Salvador. – Isham Jalil

Beberapa bulan lalu saya ada buat laporan SPRM, laporan polis, dan laporan kepada Suruhanjaya Sekuriti berkenaan kes pembelian saham Heitech Padu oleh Farhash Salvador iaitu kenalan rapat PMX Anwar Ibrahim. Saya juga minta SPRM supaya keluarkan perintah isytihar harta kepada Farhash Salvador. Namun sehingga hari ini saya tidak dengar apa-apa tindakan dibuat ke atas kes ini. Jika ada sila beritahu.

Jika SPRM boleh keluarkan perintah isytihar harta kepada pemimpin-pemimpin pembangkang atau anak-anak mereka untuk siasat kes semasa mereka berkuasa dulu, saya lihat SPRM juga boleh keluarkan perintah yang sama kepada orang-orang yang rapat dengan pemimpin yang sedang berkuasa kini terutama apabila ia mengaitkan dana awam berbillion ringgit, ini lebih penting sebab ia melibatkan pemimpin yang berkuasa sekarang. SPRM perlu dilihat adil.

Saya ingin sarankan supaya agensi-agensi penguatkuasaan ini memberi status perkembangan atau update berkenaan kes ini kepada rakyat kerana ia adalah kes berprofil tinggi yang melibatkan kenalan rapat Perdana Menteri dan bekas pegawai atau setiausaha politiknya dan juga ia berkaitan proses pemberian kontrak menggunakan dana awam yang amat besar iaitu sebanyak RM1 billion.

Jika tidak ada apa-apa tindakan diambil pun silalah maklumkan rakyat. Atau jika ada orang arah jangan siasat pun beritahu lah rakyat. Rakyat ingin tahu.

Kan PMX sudah berkali-kali kata tatakelola itu penting dan dia ingin basuh dan cuci rasuah.

– ISHAM JALIL

inspirasichannelz.com | MyTimes.My | #FaktaBukanAuta

#InspirasiChannelz | #MyTimes | #FazliMohammad

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...