Saman Anwar tidak jejas institusi PM, kata Kadir

KUALA LUMPUR, 9 JUN — Datuk A Kadir Jasin mendakwa kebimbangan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) terhadap saman sivil Datuk Seri Anwar Ibrahim bersifat peribadi.

Wartawan veteran itu berkata institusi Perdana Menteri tidak akan runtuh jika Anwar berdepan dengan saman bekas pembantunya, Yusoff Rawther.

“Itu pendapat dialah. Dalam sejarah negara kita, Perdana Menteri sudah banyak kali dicabar termasuk di mahkamah. Yang jatuh pun ada tetapi institusi Perdana Menteri selamat.

“Misalnya, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah dicabar dalam saman sivil oleh penyokong Tengku Razaleigh Hamzah sehingga UMNO diharamkan pada 1998. 

“Kemudian pada 2020 beliau digulingkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Muhyiddin pula digulingkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas kebimbangan Ketua Pengarah J-KOM.

Katanya, Perdana Menteri datang dan pergi tetapi institusinya kekal kerana dijamin oleh Perlembagaan dan penyandang pula tidak membawa keaiban yang melampau.

“Harap-harap apa yang sedang berlaku sekarang tidaklah menyebabkan institusi Perdana Menteri menjadi hina. 

“Sejarah menunjukkan yang jawatan Perdana Menteri sudah dihapuskan di Indonesia, Brazil, Iran, Filipina dan Turkiye.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...