Saifuddin fikir PKR sebelum putus bertanding

KUALA LUMPUR, 4 MEI — Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan masa depan PKR menjadi keutamaan sebelum merebut jawatan nombor dua parti. 

Menteri Dalam Negeri itu berkata PKR perlu berdaya saing dalam memastikan kemenangan besar menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). 

“Sebelum satu keputusan besar yang akan saya buat, saya bukan fikir soal kalah menang dan kedudukan saya dalam parti, jauh sekali dalam kerajaan.

“Apa yang saya hendak tengok proses pemilihan parti ini berakhir dengan parti bingkas menjadi kuat dan mantap. Parti yang mantap dalam masa dua tahun menghadapi PRU.

“Parti yang kuat selepas proses pemilihan bermaksud mampu menyumbang kemenangan lebih besar daripada jumlah kerusi sekarang sekaligus mengukuhkan Pakatan Harapan,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ranjau Panjang, Kelantan hari ini mengulas keputusannya sebelum merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. 

Katanya, pertemuan selama empat jam sudah diadakan bersama Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membincangkan hala tuju perjalanan parti.

“Saya sebelum ini sudah mengadakan perbincangan lama dengan rakan saya Rafizi. Hampir empat jam saya duduk dengan dia. Lama tu. 

“Sebelum saya buat keputusan ke situ, saya harus lakukan beberapa proses pertemuan dan perbincangan. Itulah yang saya buat sekarang.

“Boleh saya katakan saya sudah menamatkan semua proses itu. Patutnya hari ini. Oleh kerana ada lagi empat hari, maka saya akan buat pengumuman dalam tempoh munasabah,” katanya.        

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...