Saifuddin Dilantik Pengerusi PH Kedah Yang Baharu

SUNGAI PETANI: Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan beliau telah dilantik menjadi Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu.

Menurut Saifuddin, lantikan berkenaan adalah bagi menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar hasil kesepakatan atau konsensus membabitkan gabungan terbabit.

Sebagai langkah permulaaan, pihaknya telah mengadakan pertemuan bersama Barisan Nasional (BN) Kedah bagi membincangkan mengenai penganjuran Konvensyen Perpaduan (Unity Government) Kedah di Sungai Petani, yang dijangka menghimpunkan lebih 1,000 peserta.

“Jadi pertemuan baru-baru ini (juga) kami ambil kesempatan untuk berbincang tentang bagaimana kami di Kedah ni boleh memposisikan diri kami sebagai pembangkang yang kredibel (atau) yang efektif dan pada masa yang sama mempersiapkan diri kami menjadi ‘government in waiting‘ (di Kedah).

“Itu dua tujuan kami bincang kelmarin (dengan pihak BN), yang mana semua gerak kerja sesuai dengan peranan kami sebagai pembangkang, (memandangkan) di Kedah ini UG adalah pembangkang dan PN itu kerajaan,” katanya.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...