Rebut peluang, Rafizi gesa belia segera daftar haji

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa generasi muda bersegera dalam mendaftar haji agar tidak perlu menunggu giliran lebih lama. 

Menteri Ekonomi itu berkata peluang menunaikan haji semakin kecil pada masa depan dan ia terletak kepada pilihan Allah untuk menjadi tetamu-Nya.  

“Peluang menunaikan haji sangatlah sedikit sekarang berbanding dahulu. Di masa depan, semakinlah sempit kalau pun ada duit yang banyak.

“Kalau saya jadi anak muda sekarang, saya akan daftar naik haji secepat mungkin. Kemudian saya pasang niat dari awal dan terus berdoa untuk dijemput Allah. 

“Itulah kekuasaan Allah. Secara halus, mengajar kita bahawa wang dan harta bukanlah penentu kita dijemput menjadi tetamu Allah,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi corean di laman Facebook miliknya hari ini berkongsi kenangan mengerjakan haji pada 2013. 

Katanya, walau ibadah haji menuntut satu pengorbanan yang besar namun ia perlu dilakukan dengan penuh tertib dan adab. 

“Kalau kita naik haji dengan cara memintas giliran orang lain, itu pun satu ujian besar kepada kita kerana kita mengambil peluang orang lain.

“Doa saya agar sahabat yang mendapat rezeki menjadi tetamu Allah dirahmati. Allah menerima ibadah, doa dimakbulkan dan mendapat haji mabrur.

“Selamat menghayati makna Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...