Rayuan tiada merit, CEO GISBH kekal dipenjara

KUALA LUMPUR, 15 MEI — Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan penahanan salah yang difailkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) Nasiruddin Mohd Ali.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan Nasiruddin tidak mempunyai merit.

“Tiada merit dalam rayuan ini. Rayuan ditolak. Keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Dua lagi hakim yang menyokong keputusan itu ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Keputusan hari ini mengekalkan Nasiruddin ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala isterinya, Azura Md Yusof mendapat ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pasangan suami isteri itu memfailkan permohonan penahanan salah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Pasangan suami isteri itu sebelum ini didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH di Bandar Country Homes, Rawang di antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...