Rafizi seru PH-BN bincang elak insiden Zafrul berulang

KUALA LUMPUR, 1 JUN — Rafizi Ramli menggesa pimpinan kerajaan campuran meneliti semula perjanjian kerjasama di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). 

Menteri Ekonomi itu berkata ia susulan keputusan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang meninggalkan UMNO dan mahu menyertai PKR, lapor Malaysia Gazette.  

“Ketika kerajaan perpaduan dibentuk, tiada draf yang muktamad berhubung pengambilan ahli parti lain. Saya yang buat draf itu.

“Memang ada grey area yang tiada dalam perjanjian dan tidak dimuktamadkan dahulu. Jadi pandangan UMNO itu munasabah dan perlu diambil kira dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Karnival Belia Madani 2.0 Parlimen Pandan, di Ampang di sini hari ini. 

Katanya, kekecewaan UMNO selepas Tengku Zafrul meninggalkan parti Melayu itu berasas dan ia perlu dielakkan pada masa depan. 

“Perkara itu sepatutnya dielakkan kerana ia dikhuatiri membuka pintu yang sukar dijangka pada masa hadapan oleh kerajaan perpaduan.

“Kalau ada yang dari UMNO, bagaimana kita menentukan dari peringkat mana. Perkara-perkara seperti ini terpaksa dibincangkan di peringkat kerajaan perpaduan,” katanya. 

Rafizi berkata pemberita sewajarnya bertanya kepada Tengku Zafrul sendiri rasional beliau meninggalkan UMNO dan mahu menyertai PKR. 

Katanya, pengundurannya dari Kementerian Ekonomi tiada kaitan dengan agenda Tengku Zafrul yang mahu menyertai PKR untuk tujuan tertentu.

“Sebaiknya tanya Tengku Zafrul, yang tanya aku kenapa? Walaupun dia ada di Mekah, dia ada WhatsApp, jadi boleh tanya dia. 

“Kalau nak tanya perancangan PKR, itu kena tanya pimpinan baharu. Perancangan saya atau sebagainya tiada kena mengena dengan Tengku Zafrul, PKR atau kerajaan perpaduan. 

“Itu hak saya sebagai pimpinan akar umbi,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...