Rafizi kesal surat enggan rasmi Kongres PKR tular

KUALA LUMPUR, 19 MEI — Datuk Seri Rafizi Ramli kecewa selepas surat sulitnya kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perbualan ramai. 

Calon Timbalan Presiden PKR itu berkata surat tersebut menyatakan keengganannya untuk merasmikan sayap Pemuda dan Wanita parti pada minggu ini. 

“Saya hanya hantar surat kepada dua individu. Bagaimana surat sulit ini boleh tersebar? Ini membuktikan ada pihak dalam parti yang sanggup langgar prinsip dan adab.

 “Saya sudah buat keputusan. Saya tidak akan pergi [merasmikan kongres]. Biarlah saya tanggung akibatnya, asalkan saya tidak normalisasikan perkara yang salah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ceramah di Dewan Komuniti Taman Cempaka, Ipoh semalam bersempena kempen Pemilihan PKR 2025.   

Katanya, kejadian serupa pernah berlaku pada 2019 apabila suratnya kepada Presiden PKR ketika itu dibocorkan dan dijadikan polemik dalaman parti.

“Tahun 2019 pun sama. Saya tulis kepada Anwar untuk berhati-hati dengan kelompok tertentu. Tetapi akhirnya surat itu juga disebar dan ditularkan,” katanya.

Rafizi berkata bantahannya tidak bermaksud menghalang langkah pihak tertentu namun demi memastikan parti kekal berprinsip. 

Katanya, pimpinan parti juga diseru terus menjaga adab bagi mengelak menjaga kepentingan pihak tertentu.  

“Kita mesti ada tatacara, mesti ikut adab. Kalau semua benda dibuat ikut suka, macam mana kita hendak urus parti dengan baik?

“Kita diajar dalam parti ini, kalau sesuatu itu tidak betul, kita mesti bersuara. Jangan kita normalisasikan perbuatan yang salah.

“Kalau hendak sangat timbalan presiden baharu, silakan. Kalau hendak Nurul Izzah atau Datuk Seri Amirudin Shari lancarkan, silakan. Saya tidak halang,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

UMNO selar hasrat Zafrul letak jawatan masuk PKR

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Datuk Asyraf Wajdi Dusuki...

Pemuda: UMNO gembira, letak sekali jawatan menteri

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Ketua Pemuda UMNO menyambut...

Mahu masuk PKR, Tengku Zafrul umum keluar UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Tengku Datuk Seri Zafrul...

BERSATU gesa Zahid ikut jejak Rafizi lepas jawatan TPM

KUALA LUMPUR, 30 MEI — Parti BERSATU menggesa Datuk...