Rafizi keluar studio, jawab soalan hangat orang ramai

KUALA LUMPUR, 8 MEI — Datuk Seri Rafizi Ramli akan menganjurkan program audio siar Yang Bakar Menteri (YBM) Sabtu ini bagi menjawab persoalan yang bermain di minda rakyat. 

Menteri Ekonomi itu berkata program tersebut akan diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Seri Kembangan, Selangor.  

“Kali ini audio siar YBM dibawa keluar daripada studio ke tempat umum dan terbuka kepada orang ramai.

“Saya akan mengambil kesempatan ini untuk memberikan penjelasan serta menjawab segala persoalan berkaitan isu dan polemik yang hangat diperkatakan,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas penganjuran audio siar YBM di luar studio.

Katanya, audio siar yang bermula 9 malam itu akan merungkai pelbagai persoalan memberi penjelasan berkaitan isu yang hangat diperkatakan.

Rafizi kini berdepan cabaran untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR yang disandangnya selepas hampir kesemua negeri menyokong Nurul Izzah Anwar.

Selain Nurul Izzah, turut disebut-sebut untuk bertanding jawatan itu adalah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Rafizi kini turut mendapat kritikan hebat selepas mengambil cuti ketika negara sedang berdepan dengan tarif timbal balas Amerika Syarikat.

Kali terakhir YBM bersiaran pada 30 September 2024 dengan pempengaruh media sosial Datuk Eric See To.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...