Rafizi desak Anwar halang ahli baharu tanding pilihan raya

KUALA LUMPUR, 21 MEI — Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa kuasa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadkan agar ahli yang baharu menyertai parti tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan. 

Calon Timbalan Presiden PKR berkata dengan sekatan berkenaan, parti reformasi itu tidak akan dibanjiri ahli yang hanya mengimpikan jawatan. 

“Bunyinya agak kasar tetapi saya mahu suarakan hal yang cukup membimbangkan ini kepada Anwar kerana selama ini ada kuasa yang diberikan kepada Presiden PKR.

“Bagaimana seorang bekas Bendahari MIC, hanya selepas masuk parti enam bulan boleh bertanding pilihan raya di kawasan Parlimen selamat.

“Kemudian dilantik jadi Timbalan Menteri dan tidak sampai dua tahun kini bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan,” katanya ketika berkempen di Johor Bahru semalam.  

Beliau dipercayai merujuk kepada R Ramanan yang kini merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Ahli Parlimen Sungai Buloh. 

Ramanan kini dalam persaingan merebut jawatan Naib Presiden PKR bersama sembilan calon lain termasuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. 

Rafizi berkata ahli baharu PKR termasuk yang berhijrah dari parti lain tidak wajar diberikan pelepasan oleh presiden untuk bertanding pilihan raya.

Katanya, puak berkenaan wajar dilabel sebagai “pelompat parti profesional’ yang bertukar kesetiaan mengikut arus kuasa semasa dengan menyasarkan jawatan tinggi parti. 

“Selepas ini, saya yakin tidak berada dalam barisan kepimpinan, saya hendak sebut secara terbuka mengenai kumpulan yang menangguk di air keruh.

“Orang lain bersusah-payah berjuang demi parti ketika susah, namun bila parti dalam keadaan senang dan menang, golongan ini muncul.

“Memang PKR parti derita tetapi ramai yang masuk tidak derita. Jangan sesekali benarkan kumpulan begini mengambil alih parti kerana nampak gayanya ia akan jadi begitu,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...