Rafizi dedah senarai cai, PKR beri surat amaran

KUALA LUMPUR, 23 MEI — Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) memandang serius tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan calon pilihannya dalam Pemilihan PKR. 

Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Kassim berkata satu surat amaran sudah diserahkan kepada calon Timbalan Presiden PKR itu lewat petang semalam, lapor Malaysia Gazette.  

“Petang semalam barulah kita serahkan satu surat amaran kepada Rafizi, surat yang kami keluarkan itu biasanya proses peringatan amaran keras dan begitulah.

“Surat itu sebagai arahan untuk Rafizi turunkan cai dia di dalam media sosial dan saya belum menerima apa-apa maklum balas daripada itu.

“Kita minta dia turunkan senarai cai yang dikeluarkan dalam X dan Facebook. Perbuatan itu kita sebut di bawah kesalahan tertentu dan kita minta dia turunkan cai,” katanya. 

Rafizi sebelum ini mengumumkan senarai pilihannya bagi jawatan Naib Presiden dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP). 

Antara pimpinan yang tersenarai termasuk Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ahli Parlimen Pandan itu turut menyenaraikan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Politik Presiden PKR G Manivanan.

Ahmad berkata tindakan Rafizi mengumumkan nama pilihannya secara terbuka dilihat bertentangan dengan etika pemilihan dan boleh dikenakan tindakan lanjut.

Katanya, sekiranya wujud sebarang pelanggaran serius, Rafizi boleh dirujuk ke MPP untuk pertimbangan tindakan tatatertib.

“Apa-apa pun selepas pemilihan, JPP boleh bawa isu ini untuk pemakluman MPP dan MPP ada kuasa sama ada hendak bawa ke Lembaga Disiplin.

“Akhirnya mereka akan buat soal siasat dan berlaku adil kepada Rafizi. Sekiranya ada pelanggaran, ia adalah bidang kuasa Lembaga Disiplin dan akan dibawa ke MPP,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...