Putrajaya, Sarawak meterai MoU kuasa Petronas, Petros

KUALA LUMPUR, 21 MEI — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memeteraian persefahaman (MoU) di antara Putrajaya dan kerajaan negeri Sarawak. 

Perdana Menteri berkata MoU yang dimeterai bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu akan melibatkan kerjasama strategik di antara Petronas dan Petros.  

“Hari ini saya bersama Abang Johari memeterai satu persefahaman penting demi kemajuan Malaysia dan Sarawak. 

“Persefahaman ini melibatkan kerjasama strategik antara dua syarikat utama dalam industri minyak dan gas negara; Petronas dan Petros.

“Petronas akan terus memainkan peranannya sebagai syarikat minyak dan gas negara manakala Petros diiktiraf selaras dengan kuasa yang diperuntukkan kepada Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas MoU yang dimeterai di Putrajaya hari ini. 

Katanya, kerjasama sumber asli itu akan dilaksanakan berdasarkan kerangka undang-undang persekutuan dan negeri.

“Persefahaman ini membuka ruang kepada Petronas dan Petros untuk berganding bahu dalam memperkasa industri minyak dan gas negara agar lebih berdaya saing dan mampan.

“Kerjasama ini turut merangkumi projek-projek tenaga hijau termasuk pembangunan hidrogen dan penjanaan elektrik hatta sejajar dengan aspirasi Sarawak ke arah masa depan yang lestari.

“Saya percaya segala perbincangan lanjut berkaitan pelaksanaan kerjasama ini hendaklah dibuat berdasarkan penilaian dari segi daya maju komersial dan teknikal,” katanya.

Perdana Menteri juga berharap usaha yang dimeterai hari ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara dan Sarawak demi kesejahteraan seluruh rakyat.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...