Putin berjaya dedahkan Anwar jahil, kata BERSATU

KUALA LUMPUR, 16 MEI — Datuk Wan Saiful Wan Jan mengecam gurauan tidak wajar Perdana Menteri semasa bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin di Moscow.   

Ahli Parlimen BERSATU itu berkata gurauan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bijak, kurang sensitif dan mencemar hubungan diplomatik. 

“Anwar patut berasa malu. Beliau yang mendakwa pakar budaya dunia, tidak sedar Rusia negara Kristian Ortodoks yang mengharamkan poligami. 

“Putin mengambil kesempatan untuk menunjukkan kejahilan budaya Anwar kepada media,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini. 

Anwar ketika bertemu Putin semalam bergurau mendakwa kerusi takhta ketiga dalam Dewan Besar St Andrew untuk isteri kedua. 

Putin kemudian bergurau balas dengan menyifatkan Anwar sebagai Muslim “sejati” bagaimanapun Presiden PKR itu memaklumkan beliau hanya mempunyai satu isteri.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...