Puad seru Rafizi tidak campur urusan parti, kerajaan

KUALA LUMPUR, 6 MEI — Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menggesa Datuk Seri Rafizi Ramli memberikan penjelasan berhubung tindakannya mengambil cuti panjang. 

Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata tindakan Menteri Ekonomi itu tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan kementeriannya dalam tempoh lama.

“Kalau benar ia ada kaitan dengan isu pemilihan PKR maka cutinya itu tidak bertanggungjawab.

“Kalau cuti kerana mahu mengugut parti, secara tidak langsung, beliau mengugut kerajaan. Kalau mahu memprotes parti letaklah jawatan timbalan presiden partinya.

“Bukan cuti panjang dan membiarkan kementerian tanpa bos begitu lama. Ia kementerian penting. Kementerian pertama, parti kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas tindakan Rafizi mengambil cuti panjang. 

Ahli parlimen pembangkang semalam mempersoalkan tindakan Rafizi yang tidak menghadirkan diri ke Sidang Khas Parlimen. 

Datuk Seri Ronald Kiandee berkata dalam isu tarif timbal balas Amerika Syarikat, Kementerian Ekonomi memainkan peranan penting untuk membuat keputusan.

“Kenapa dalam keadaan krisis, menteri yang sepatutnya bertanggungjawab kepada sebahagian tarif ini tidak nampak kesungguhan dalam menangani krisis,” katanya. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...