PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN – Muhyiddin

Perikatan Nasional menang besar dalam PRK Sungai Bakap.

Saya mengucapkan setingg-tinggi terima kasih kepada pengundi-pengundi Sungai Bakap yang telah mengundi calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail. Sokongan padu anda telah membolehkan PN mencatatkan majoriti yang lebih besar dalam PRK ini.

Kemenangan PN ini adalah tanda keyakinan rakyat terhadap perjuangan PN dalam membela nasib mereka.

Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat. Ini termasuk penyasaran subsidi diesel yang menyebabkan kenaikan harga barang dan menambah beban rakyat, kedegilan kerajaan meneruskan penjualan saham MAHB kepada syarikat GIP walaupun ditentang hebat oleh rakyat dan kegagalan kerajaan melaksanakan janji-janji reformasi institusi malah semakin mencengkam kebebasan rakyat.

PRK Sungai Bakap menunjukkan pengundi bijak menilai. Mereka tidak termakan dengan sogokan dan pujukan PH-BN. Malah tindakan PH-BN yang menyalahgunakan jentera kerajaan secara besar-besaran untuk meraih undi juga tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada parti itu.

Tahniah kepada calon PN atas kemenangan yang amat bermakna ini dan terima kasih kepada semua jentera PN dari parti BERSATU, PAS, GERAKAN dan MIPP, rakan-rakan badan bukan kerajaan, tokoh masyarakat serta individu yang telah bekerja keras untuk memastikan kemenangan PN.

TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Pengerusi

Perikatan Nasional

7 Julai 2024

#InspirasiChannelz | FB ts.muhyiddin

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...