Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelar pihak yang “berlumba-lumba” memberikan sambutan positif terhadap pendirian DAP

Cadangan Parti Tindakan Demokratik (DAP) supaya tempoh jawatan Perdana Menteri dihadkan 10 tahun ditempelak Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Abdul Hadi Awang dengan mendakwa ia bertentangan dengan ajaran Islam dan membelakangi ketetapan Allah.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika pelbagai reaksi bercampur timbul berkaitan cadangan itu di media sosial.

“…Tanggungjawab (Perdana Menteri) merupakan amanah besar daripada Allah. Bukan sekadar membahagikan jawatan atau memberikan kerja dalam tempoh tertentu kepada seseorang untuk menikmati jawatan, kemudian digilirkan kepada seseorang untuk mengambil kesempatan juga.

“Sebaliknya, Allah menetapkan memimpin negara adalah amanah besar daripada-Nya kepada umat manusia dan mewajibkan kepimpinan Islam yang beriman. Kelayakan akan hilang apabila berlaku khianat,” katanya menerusi Facebook.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...