Polis tahan wanita disyaki pukul anak di kedai dobi

KUALA LUMPUR, 22 APRIL — Ketua Polis Kemaman memaklumkan seorang wanita ditahan kerana disyaki memukul anak perempuannya di sebuah premis dobi layan diri minggu lalu. 

Supritendan Mohd Razi Rosli berkata wanita berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di Kemaman pada 7.27 petang semalam, lapor BERNAMA. 

“Siasatan mendapati wanita berkenaan bertindak sedemikian kerana bimbang keselamatan anaknya yang berisiko dilanggar kenderaan kerana berlari-lari di hadapan kedai,” katanya.

Mohd Razi berkata mangsa yang mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi menerima rawatan di Hospital Kemaman dan kini berada di bawah jagaan bapanya.

Katanya, suspek ditahan reman hingga hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Suspek ditahan susulan tular rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dimarahi dan dipukul wanita dipercayai ibunya di sebuah kedai dobi layan diri.

Polis meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di talian 09-8592222.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...