Polis selesai rakam cakap ketua pengarang, pereka grafik Sin Chew

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Ketua Polis Negara memaklumkan Ketua Pengarang dan Timbalan Ketua Penyunting akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily selesai memberi keterangan semalam.

Tan Sri Razarudin Husain berkata individu pertama adalah pihak bertanggungjawab meluluskan penyiaran manakala seorang lagi merupakan pereka grafik ilustrasi itu, lapor BERNAMA. 

“Kita tahan untuk siasatan dan bawa dua individu terbabit ke pejabat bagi mendapatkan komputer serta barang berkaitan kes untuk siasatan selanjutnya.

“Kedua-dua individu dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi,” katanya ketika dihubungi pemberita mengenai perkembangan siasatan. 

Dua kakitangan Sin Chew Daily dibebaskan 8.20 malam tadi selepas tiga jam memberikan keterangan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Sin Chew Daily pada Selasa menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu.

Ilustrasi berkenaan mengundang kemarahan rakyat yang menganggap perbuatan berkenaan disengajakan bersempena kunjungan Presiden China Xi Jinping.

Akhbar itu bagaimanapun mengemukakan permohonan maaf dan membuat pindaan kepada akhbar edisi digitalnya. 

Razarudin berkata sebanyak 40 laporan diterima pihak polis seluruh negara berhubung penghinaan itu dan kes disiasat di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Katanya, siasatan juga dibuat di bawah Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...