Polis masih siasat punca kematian pegawai perbendaharaan – Saifuddin Nasution

Saifuddin berkata, siasatan menyeluruh berhubung kematian individu terbabit masih dikendalikan oleh pihak berkuasa, ketika ini – Gambar fail/Bernama

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian seorang pegawai perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) ditemui meninggal dunia di pejabatnya, pada Rabu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh berhubung kematian individu terbabit masih dikendalikan oleh pihak berkuasa, ketika ini.

“Ini bermaksud pada peringkat ini, masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang komen.

“Memadai untuk kita menyerahkan kepada pasukan polis bagi memulakan siasatan terhadap insiden ini.

“Setakat ini, kita belum boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga pihak polis memulakan siasatan.

“Insya-Allah, berdasarkan perkembangan siasatan, saya akan meminta pasukan polis untuk berkongsi maklumat yang dianggap penting dan munasabah untuk didedahkan kepada media,” katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...