Polis jamin siasat kes gangguan seksual terhadap wartawan – Saifuddin

NIBONG TEBAL: Polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan berhubung petugas kempen Pakatan Harapan (PH) didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wartawan wanita semasa program di Sungai Kechil, Sungai Bakap, Pulau Pinang malam tadi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan akan dijalankan secara profesional mengikut lunas undang- undang sedia ada.”Berita itu (gangguan seksual) pertama kali saya dengar… mungkin sebab saya sibuk kempen. Tapi jika laporan (polis) sudah dibuat, saya nak beri jaminan bahawa ia sepenuhnya di bawah autoriti pasukan polis.

“Gunalah peruntukan undang-undang yang ada… buatlah siasatan secara professional ikut jalur undang-undang. Itu saya boleh sebut,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Sungai Bakap, pada Khamis.

Terdahulu, seorang wartawan wanita sebuah rangkaian televisyen tempatan membuat laporan polis berhubung insiden seorang lelaki yang didakwa petugas kempen PH berkelakuan tidak senonoh.

Kejadian didakwa berlaku ketika pihak media sedang menemu ramah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang hadir majlis perjumpaan pemimpin di Dewan Sungai Kechil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Chong Boo Khim mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.

Difahamkan, siasatan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana gangguan seksual dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Awani | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...