PN zahir ucapan takziah insiden nahas bas UPSI

KUALA LUMPUR, 9 JUN — Perikatan Nasional (PN) merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas bas di Gerik awal pagi ini. 

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berdoa agar semua mangsa yang terkorban dikurniakan rahmat dan dihimpunkan bersama roh orang-orang yang soleh.

 “Anak-anak muda pewaris masa depan umat kini pergi buat selamanya. Allahu Akbar.

“Tragedi ini amat menyentuh hati kita semua, apatah lagi melibatkan anak-anak muda yang sedang menuntut ilmu, pewaris masa depan umat dan negara.

“Kepada yang sedang dirawat, semoga diberikan kesembuhan segera dan kekuatan buat ahli keluarga untuk menghadapi ujian ini dengan sabar dan reda,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Hamzah Zainudin turut melahirkan rasa simpati dan dukacita atas pemergian pelajar UPSI.

“Dengan penuh rasa simpati dan dukacita, saya ucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa tragedi kemalangan yang meragut ramai nyawa pelajar UPSI,” katanya. 

Naib Presiden BERSATU Datuk Radzi Jidin turut mendoakan agar urusan pelajar yang terselamat dalam kemalangan pagi tadi dipermudahkan.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga 15 orang pelajar UPSI yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Jeli–Gerik. 

“Semoga dipermudah juga urusan pelajar lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut,” katanya. 

Terdahulu, 15 pelajar UPSI maut dalam nahas membabitkan bas dan Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding, awal pagi tadi.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...