PN seru lantikan hakim bebas, tiada campur tangan PM

KUALA LUMPUR, 17 JUN — Perikatan Nasional (PN) menggesa pelantikan Ketua Hakim Negara dan lapan orang hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu perlu bebas daripada campur tangan politik. 

Ketua Whipnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pelantikan sembilan orang hakim itu perlu berpandukan Perlembagaan dan mempunyai kelayakan bersesuaian. 

“PN memandang serius kebimbangan yang semakin memuncak berikutan persaraan seramai sembilan orang hakim Mahkamah Persekutuan termasuk Ketua Hakim Negara.

“Gelombang perubahan ini dilihat bukan sahaja luar biasa malah merupakan cabaran dan ujian terbesar terhadap komitmen Malaysia kepada prinsip kedaulatan undang-undang.

“Walaupun penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) pada 2009 dilihat sebagai pembaharuan, ketelusan sebenar dalam pelantikan masih menjadi tanda tanya,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas persaraan sembilan orang hakim yang akan berlaku menjelang tahun ini.

Katanya, PN menyeru proses pelantikan hakim berpandukan Perlembagaan dan undang-undang khusus serta bebas daripada pengaruh politik.

“Amat mendukacitakan jika benar pertelingkahan yang tidak wajar di kalangan ahli-ahli JAC dalam proses pelantikan yang bakal dibuat bagi posisi tertinggi badan kehakiman negara.

“PN menggesa ketelusan dalam pelantikan hakim dengan JAC diberi ruang wajar untuk melaksanakan fungsinya tanpa sebarang tekanan politik.

“Justeru nama-nama yang disyorkan hendaklah berdasarkan kelayakan, integriti dan senioriti, bukan atas hubungan atau kecenderungan politik,” katanya.

Takiyuddin berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dwipartisan perlu ditubuhkan untuk memantau proses pelantikan bagi menjamin akauntabiliti.

Katanya, Perdana Menteri digesa bertindak berlandaskan fungsinya di bawah Perlembagaan dan tidak akan mencampuri proses pelantikan kehakiman.

“PN ingin menegaskan kebebasan kehakiman adalah asas sebuah demokrasi yang matang dan bukan suatu pilihan semata-mata. 

“Rakyat berhak kepada sistem perundangan yang dapat ditegakkan dengan tanpa rasa takut atau pilih kasih serta tegas, adil dan bebas.

“PN akan terus memainkan peranan sebagai entiti semak dan imbang mempertahankan kebebasan badan kehakiman daripada sebarang cubaan kembali kepada era gelap,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Naim Daniel tidak mengaku salah amang seksual remaja 17 tahun

KUALA LUMPUR, 17 JUN — Pelakon Naim Daniel hari...

Peguam seru Terrirudin cuti tunggu bicara, siasatan polis

KUALA LUMPUR, 17 JUN — Peguam Kanan Mohamed Haniff...

Pempengaruh ramal nasib Rafizi serupa Sany Hamzan

KUALA LUMPUR, 17 JUN — Pempengaruh media sosial membayangkan...

UMNO Batu seru Ahmad Maslan ajar PM maksud GST

KUALA LUMPUR, 17 JUN — UMNO Bahagian Batu menggesa...