PM umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada Felda tampung kos operasi

SERDANG, 14 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM100 juta kepada Felda untuk menampung kos pengoperasian ladang susulan penyasaran subsidi diesel.

Anwar berkata, kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel dengan harga runcit bahan api itu ditetapkan tanpa subsidi bagi menangani penyeludupan dan ketirisan diesel bersubsidi.

“Jadi, saya tanya berapa (anggaran) kos kita kena beri Felda supaya dapat salur ke bawah? Dia (Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) kata dalam RM100 juta. Jumaat lepas saya diberitahu (mengenai perkara ini)… terus lulus RM100 juta bantuan subsidi.

“Langkah ini diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak sama sekali terkesan,” katanya berucap merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini, hari ini.

Tambah Anwar, kerajaan turut meluluskan peruntukan sebanyak RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda bagi Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTI MADANI).

Ia bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi di pelbagai sektor tumpuan sekali gus memberi impak positif kepada komuniti tersebut.

“Saya berharap insiatif ini akan memberi impak positif kepada komuniti Felda,” katanya.

BERITA RTM | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...