PM ucap takziah, Pak Lah negarawan ulung membumi

KUALA LUMPUR, 14 APRIL — Perdana Menteri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menghembuskan nafas terakhirnya petang tadi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia terhutang budi terhadap jasa dan kepimpinan yang ditunjukkan Perdana Menteri Kelima itu.

“Selamat jalan, Pak Lah. Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan solihin dan diampunkan segala dosanya.

“Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. 

“Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini.

Tun Abdullah meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara di sini pada 7.10 petang tadi.

Allahyarham dilantik sebagai Perdana Menteri Kelima pada 31 Oktober 2003 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan. 

Enam tahun menerajui kerajaan, Tun Abdullah kemudiannya mengumumkan peletakkan jawatan sebelum digantikan dengan Datuk Seri Najib Razak pada 2 April 2009.

Anwar berkata berita pemergian Tun Abdullah amat menyentak jiwa mengenangkan keluhuran akhlak Allahyarham semasa hayatnya. 

Katanya, Tun Abdullah bukan sekadar pemimpin malah seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.

“Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. 

“Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.

“Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi,” katanya. 

Ikuti Saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...