PM tidak tentang kerajaan, Hamzah rayu bebaskan Anwar dari TCO

KUALA LUMPUR, 20 APRIL — Datuk Seri Hamzah Zainudin menggesa nama Perdana Menteri dikeluarkan daripada senarai Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO).

Ketua Pembangkang itu berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar diletakkan dalam senarai TCO kerana tidak melakukan jenayah dan tidak menentang kerajaan. 

“Bila Perdana Menteri kata beliau pun ada dalam senarai TCO, ia amat mengejutkan saya.

“Maka bagi pihak rakyat, saya mohon kepada polis jangan sesekali lakukan ini ke atas Perdana Menteri. 

“Ini kerana beliau bukan penjenayah dan bukan anti kerajaan,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini. 

Anwar minggu lalu menjelaskan namanya juga diletakkan di bawah TCO oleh pihak berkuasa.

Katanya, semua orang kenamaan yang berada di negara ini turut tersenarai dalam kawalan sama.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Menteri Besar Terengganu yang mendakwa namanya diletakkan di bawah TCO. 

Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata bukan sahaja namanya diletakkan di bawah TCO malah panggilan telefonnya juga diawasi.

Katanya, pengawasan berkenaan  menjadikan dirinya seolah-olah seorang penjenayah berbahaya yang berstatus persona non grata di tanah air sendiri.

Dalam perkembangan sama, Hamzah mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain kerana mengeluarkan namanya dalam senarai TCO.

“Saya baru sahaja kembali dari luar negara atas urusan rasmi. Saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara yang mengarahkan semua TCO ditarik balik.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas di imigresen sebelum berlepas,” katanya. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Rebut peluang, Rafizi gesa belia segera daftar haji

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Seri Rafizi Ramli...

PM bukan penjenayah, tidak perlu cuti, kata PKR Klang

KUALA LUMPUR, 6 JUN — PKR Klang kesal seruan...

PM gagal, 5,000 staf Petronas jadi korban, kata Isham

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Bekas Ahli Majlis Kerja...

PERKASA selar TNB naik tarif elektrik 14 peratus

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...