PM: Tiada rombakan Kabinet, menteri bebas letak jawatan 

KUALA LUMPUR, 22 MEI — Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pemilihan PKR tidak akan menyebabkan rombakan Kabinet meskipun persaingan sengit jawatan Timbalan Presiden.

Perdana Menteri berkata bagaimanapun tiada halangan bagi mana-mana menteri untuk meletakkan jawatan jika mempunyai hasrat meninggalkan kerajaan.  

“Ini pertandingan di antara sahabat karib dan kawan-kawan setia. Tidak timbul sama sekali perubahan Jemaah Menteri.

“Saya tidak tahu [pasal rombakan Kabinet] tetapi kita tidak boleh halang orang punya cita-cita. 

“Kalau tanya saya, tiada rencana sama sekali untuk buat apa-apa pun rombakan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya semalam.

Anwar mengulas hasrat Datuk Seri Rafizi Ramli yang mahu meniggalkan Kementerian Ekonomi jika gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Rafizi dalam satu audio siar memaklumkan hanya akan mengekalkan kedudukan sebagai wakil rakyat namun enggan menjadi menteri jika tewas dalam Pemilihan PKR.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...