PM seru KKM ambil motivasi pujian Sultan Brunei

KUALA LUMPUR, 5 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa fasiliti kesihatan negara ditambah baik selepas mendapat pujian Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Perdana Menteri berkata pujian itu harus dijadikan pembakar semangat bagi fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ditambah baik dari masa ke semasa.  

“Kita harus mengakui kelebihan dan kekuatan yang kita ada tetapi pada masa sama perlu memandang ke hadapan untuk bersaing secara sihat dengan negara lain.

“Jangan hanya puas hati, sebaliknya jadikan itu motivasi untuk terus menambah baik,” katanya ketika berucap di Forum Ilmuwan Malaysia Madani semalam. 

Sultan Hassanal, 78, berada di Malaysia sejak 25 Mei lalu untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Baginda dilaporkan berehat di Institut Jantung Negara (IJN) pada 27 Mei lalu akibat keletihan menghadiri mesyuarat di ibu negara.  

Anwar berkata Sultan Brunei amat berpuas hati dengan kepakaran serta perkhidmatan doktor sepanjang baginda menerima rawatan di pusat perubatan itu.

Katanya, khabar gembira itu disampaikan Sultan Hassanal sendiri sebelum berangkat pulang ke Brunei semalam.

“Baginda amat berpuas hati dengan mutu khidmat, kecemerlangan serta kecekapan doktor-doktor kita di IJN.

“Walaupun [baginda] mempunyai pengalaman dengan perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa dan akses kepada institusi perubatan terbaik dunia,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...