PM larang mahasiswa protes dibuang universiti

KUALA LUMPUR, 24 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terlibat dalam demonstrasi hujung minggu lalu tidak dibuang universiti.  

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata itu antara pesanan Perdana Menteri yang enggan melihat masa depan mahasiswa kelam angkara insiden tersebut.   

“Perdana Menteri berpesan agar pelajar UMS yang terlibat dalam insiden baru-baru ini tidak dibuang universiti. 

“Bagi Perdana Menteri, mereka mungkin membuat kesilapan tetapi masa depan dan pengajian mereka jauh lebih penting dan perlu diutamakan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas demonstrasi mahasiswa UMS yang bertukar kepada ganas minggu lalu.  

PKR Tuaran semalam mendakwa rakyat Sabah berasa jelik dan geli dengan sikap sebahagian peserta yang mengadakan demonstrasi di UMS.

Ketua Cabangnya, Razeef Rakimin berkata pihak berkuasa sudah memberikan kerjasama sewajarnya namun tidak kepada kekerasan dan keganasan.

Katanya, demonstrasi berkenaan jelas aksi terdesak dan menyasarkan pihak yang salah kerana Perdana Menteri tidak terlibat dalam skandal rasuah di Sabah. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Konflik Thailand-Kemboja : PN ucap penghargaan kepada PM

Perikatan Nasional (PN) mengucapkan penghargaan dan syabas kepada Perdana...

Kejayaan Yg Tidak Didendangkan di Jerman,Tahniah UPSI

Pasukan Sepak Takraw Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dinobatkan...

Dan cukup-cukuplah jenis buat dulu baru minta maaf – Dr Akmal

Mcm mana nak ajar murid perkara betul jika pasang...

Kes Zara Qairina: Kertas siasatan diserah kepada Peguam Negara

Kertas siasatan berhubung kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina...