PM lantik Nik Abduh, Awang AJK baharu mengenai rasuah 

KUALA LUMPUR, 5 MEI — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan surat cara pelantikan kepada tiga ahli baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) untuk tempoh tiga tahun. 

Perdana Menteri berkata pelantikan yang akan berakhir pada 25 April 2028 itu turut disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

“JKMR berperanan penting dalam menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek berkaitan isu rasuah serta meneliti Laporan Tahunan SPRM.

“Pelantikan ahli JKMR ini diharap dapat memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap usaha kerajaan mempertingkat integriti dan tadbir urus.

“Sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem pentadbiran negara,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pelantikan tiga ahli baharu JKMR. 

Tiga ahli baharu itu Ahli Parlimen Langkawi Datuk Mohd Suhaimi Abdullah serta dua Ahli Dewan Negara Prof Emeritus Datuk Seri Awang Sariyan dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.  

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...