PM: Inisiatif kerajaan sedia hadapi negara menua

KUALA LUMPUR, 18 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelbagai inisiatif disediakan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan mereka yang terlibat dalam ekonomi gig.

Perdana Menteri berkata limpahan ekonomi negara perlu diagihkan secara menyeluruh melalui dasar yang ditetapkan kerajaan.

“Kita harus bersedia menghadapi realiti peralihan struktur tenaga kerja ke arah ekonomi gig. 

“Justeru, ekonomi negara perlu diangkat secara menyeluruh agar kekayaan yang dijana dapat dilimpahkan secara saksama,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa yang menjelaskan pelbagai inisiatif kerajaan.

Katanya, program seperti Geran Digitalisasi Perusahaan Kecil dan Sederhana, Kerangka Industri Persekitaran, Sosial dan Urus Tadbir (ESG) Nasional memainkan peranan penting.

“Serta bantuan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan BSN memainkan peranan penting dalam mengarusperdanakan ekonomi gig ke sektor bernilai tinggi dan inovatif.

“Kerangka Ekonomi Madani bukan semata-mata mengejar pertumbuhan makro. Ia pernyataan nilai membela martabat rakyat, memupuk ihsan dan menjunjung prinsip manusiawi,” katanya.

Anwar berkata kerajaan melalui dasarnya bersedia menyediakan pelbagai inisiatif untuk memastikan rakyatnya hidup lebih selesa menjelang hari persaraan.  

Katanya, ia termasuk meningkatkan gaji minimum, pelarasan gaji penjawat awam tertinggi dalam sejarah serta komitmen syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC). 

“Ikhtiar untuk mensejahterakan masyarakat menua menjadi antara sebab utama mengapa kerajaan mahu memastikan reformasi menyeluruh direalisasikan.

“Jangka hayat rakyat Malaysia kini meningkat kepada purata 76 tahun. Namun secara umumnya, sembilan tahun terakhir sering dilalui dalam keadaan melarat.

“Ini menyebabkan kehidupan warga emas memerlukan kos penjagaan yang jauh lebih tinggi demi memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan dengan bermaruah,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...

AGC akan rayu kes Syed Saddiq, kata SPRM

PUTRAJAYA, 25 JUN — Tan Sri Azam Baki memaklumkan...

Jangan masuk politik, detak hati ibu Syed Saddiq

Oleh Kamil Awang  PUTRAJAYA, 25 JUN — Lima tahun perjuangan...

Syed Saddiq bebas tuduhan pecah amanah, gubah wang haram

Oleh Kamil Awang  PUTRAJAYA, 25 JUN — Mahkamah Rayuan hari...