PM gagal, 5,000 staf Petronas jadi korban, kata Isham

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan penjelasan susulan pengumuman 5,000 kakitangan Petronas yang akan diberhentikan. 

Isham Jalil berkata penamatan kontrak kakitangan Petronas itu tidak masuk akal di saat pelbagai langkah rasionalisasi subsidi diperkenalkan kerajaan. 

“Kamu hendak bagi projek kepada kroni atau kepada siapa dan sebagainya kamu kena jawab. Pada masa yang sama kamu kurangkan subsidi dan naikkan harga barang.

“Lepas itu sekarang kamu buang orang. Masa kita lontarkan perkara ini, penyokong kerajaan kata tipulah, tak betullah, bohonglah. 

“Akhirnya Ketua Pegawai Eksekutif Petronas cakap mereka akan buat pengecilan,” katanya menerusi video yang disiarkan di laman Facebook miliknya hari ini. 

Petronas semalam mengumumkan akan mengurangkan kira-kira 10 peratus atau lebih 5,000 kakitangan susulan penstrukturan semula syarikat secara menyeluruh.

Presidennya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata keputusan itu diambil selepas Petronas berdepan cabaran sukar akibat kejatuhan harga minyak.

Isham berkata kerajaan hari ini tidak mempunyai kredibiliti untuk memimpin membuatkan mereka hilang kepercayaan daripada rakyat terbanyak.  

Katanya, banyak lagi janji yang belum ditunaikan Anwar termasuk menurunkan harga minyak dan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Dalam bahasa ‘jalanan’ kamu ini suka ‘kencing’ orang. Bukan sekadar ‘kencing’ kamu buang orang dengan alasan tiada ketentuan ekonomi.

“Saya masih ingat masa saya di Unit Perancangan Ekonomi. Saya jaga gas dan petroleum. Ketika itu minyak pernah jatuh sampai AS$38 setong tetapi kita tidak buang orang. 

“Kerajaan lama sebelum ini yang kamu guling-guling kutuk dahulu macam mana buruk pun tidak pernah buat macam ini.

“Mungkin Allah hendak tunjuk dahulu kamu ‘kencing’ banyak, kamu janji macam-macam,  lepas itu kamu buat ini mungkin ada karma atau asbabnya,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Rebut peluang, Rafizi gesa belia segera daftar haji

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Seri Rafizi Ramli...

PM bukan penjenayah, tidak perlu cuti, kata PKR Klang

KUALA LUMPUR, 6 JUN — PKR Klang kesal seruan...

PERKASA selar TNB naik tarif elektrik 14 peratus

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

JAIS seru solat hajat mohon mahkamah tolak rayuan SIS

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Jabatan Agama Islam Selangor...