PM: China tidak tekan Malaysia walau kuat aspek tentera 

KUALA LUMPUR, 17 APRIL — Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Malaysia tidak pernah menerima tekanan dari China sepanjang menjalinkan hubungan diplomatik dua negara. 

Perdana Menteri berkata walau China diketahui negara yang kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan, namun kuasa besar itu tidak pernah memberi tekanan kepada Malaysia.  

“Kita dengan negara China itu untuk kepentingan rakyat, ekonomi dan keutuhan negara seluruhnya. 

“Bukan kata kita tidak ditekan mana-mana pihak tetapi kita tidak menerima tekanan itu setakat ini jadi kita ambil sikap siapa yang baik.

“Harus saya tegaskan mereka negara besar, ekonominya kuat, ketenteraannya itu sangat kuat tetapi kita tidak pernah merasakan satu permasalahan atau tekanan,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas bersama pengamal media seperti yang disiarkan Astro Awani. 

Presiden China, Xi Jinping mengakhiri lawatan tiga hari di Malaysia hari ini dan menuju ke destinasi berikutnya iaitu Kemboja.

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dan pertukaran nota melibatkan kementerian dan agensi kedua-dua negara berlangsung semalam. 

Antara perjanjian yang dimeterai ialah pengecualian visa bagi pemegang pasport biasa dan urusan awam.

Malaysia dan China juga bersetuju untuk meningkatkan perdagangan di Kawasan Perindustrian Malaysia-China di Kuantan dan di Qinzhou. 

Anwar berkata hubungan Malaysia dan China sangat istimewa apabila negara kuasa besar itu mengamalkan kesetaraan dalam hubungan. 

Katanya, ia dapat dilihat dalam perbincangan yang dijalankan secara persahabatan walau terdapat perkara yang kurang disenangi. 

“Hubungan kita itu dianggap sebagai sebuah negara yang setara dengan mereka. Perbincangan dan penghormatan yang diberikan, itu bagi saya amat bermakna. 

“Kita bincang dalam semua perkara. Tentunya dalam hubungan dua negara sahabat ada perkara yang kita setuju dan kurang senang tetapi kita bincang cara sahabat,” katanya. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...