PM bukan penjenayah, tidak perlu cuti, kata PKR Klang

KUALA LUMPUR, 6 JUN — PKR Klang kesal seruan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil cuti sementara waktu.  

Ketua Pemudanya, Mohamad Shahrul Adnan berkata Perdana Menteri boleh menjalankan tugas seperti biasa kerana tidak terlibat dakwaan jenayah.

“Cadangan ini tidak berasaskan fakta dan jelas bermotifkan gangguan politik. Untuk makluman, kes yang dirujuk oleh PAS merupakan kes sivil, bukan pendakwaan jenayah.

“Perdana Menteri tidak menghadapi sebarang pertuduhan jenayah dan beliau kekal menjalankan tugas dengan penuh komitmen serta integriti.

“Adalah penting untuk memahami perbezaan antara saman sivil oleh individu dan kes jenayah yang dibawa oleh pendakwa raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ahmad Fadhli semalam menggesa Perdana Menteri bercuti sementara bagi menghadapi kes saman sivil yang difailkan bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther.

Katanya, Anwar perlu menyerahkan mandat kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengemudi negara.

Mohamad Shahrul berkata seruan PAS itu jelas tidak mempunyai asas undang-undang bagi mewajibkan Anwar bercuti menghadapi saman sivil. 

Katanya, cadangan berkenaan bukan sahaja mencerminkan kefahaman undang-undang yang lemah malah kecenderungan PAS untuk mempolitikkan segala perkara.

“Pemuda PKR Klang berpandangan kenyataan PAS hanyalah percubaan ‘desperado’ untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kelemahan mereka sendiri.

“Ini termasuk kegagalan pentadbiran di negeri-negeri yang mereka kuasai serta ketiadaan agenda pembangkang yang konstruktif di peringkat nasional.

“Kami menyeru PAS menghormati proses perundangan yang sedang berjalan dan tidak mencampurkan urusan mahkamah dengan percaturan politik,” katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri kekal mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dan keyakinan rakyat untuk terus fokus memacu kestabilan dan kemajuan negara.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Rebut peluang, Rafizi gesa belia segera daftar haji

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Seri Rafizi Ramli...

PM gagal, 5,000 staf Petronas jadi korban, kata Isham

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Bekas Ahli Majlis Kerja...

PERKASA selar TNB naik tarif elektrik 14 peratus

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

JAIS seru solat hajat mohon mahkamah tolak rayuan SIS

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Jabatan Agama Islam Selangor...