PKR Tuaran dakwa Shamsul hipokrit halang Rafizi

KUALA LUMPUR, 14 JUN — PKR Tuaran menggesa Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak hipokrit dalam menggesa Datuk Seri Rafizi Ramli kembali menyertai kerajaan. 

Ketua Cabangnya, Razeef Rakimin berkata Shamsul Iskandar antara yang terawal memberi sokongan kepada Nurul Izzah Anwar untuk bertanding Timbalan Presiden PKR.

“Jika Shamsul ingin Rafizi berjiwa besar, sepatutnya perkara itu berlaku di awal sebelum pemilihan parti bila mana Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Rafizi diberi laluan mudah.

“Namun Shamsul sendiri antara yang terawal menggerakkan kenyataan sokongan kepada Nurul Izzah untuk menidakkan gesaan Presiden dan melawan Rafizi.

“Jika sudah niat ingin menyingkirkan Rafizi, bagi saya pemimpin PKR tidak perlu hipokrit memandangkan Rafizi dan beberapa sekutunya berjaya disingkirkan,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas gesaan Shamsul agar Rafizi kembali menjadi Menteri Ekonomi. 

Katanya, Shamsul seharusnya menghormati pendirian Rafizi yang memahami kehendak akar umbi untuk memilih Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR.

“Bagi saya pemimpin PKR perlu ‘move on’ dan berhenti memaksa Rafizi dan Nik Nazmi Nik Ahmad untuk keluar daripada prinsip mereka.

“Bagi mereka, kedudukan sebagai pimpinan utama parti adalah asas yang meletakkan mereka dalam kabinet kerajaan persekutuan.

“Namun mereka dengan terbuka menerima bahawa mandat itu sudah ditarik oleh anggota PKR sendiri maka atas dasar prinsip mereka melepaskan jawatan,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...