PKR Perak sokong Nurul Izzah calon timbalan presiden

KUALA LUMPUR, 6 MEI — Bagi meneruskan agenda reformasi, PKR Perak menyokong Nurul Izzah Anwar sebagai calon timbalan presiden untuk sesi 2025–2028.

Ketua Penerangannya, Azam Afandi berkata Nurul Izzah mempunyai pengalaman luas dalam politik yang bakal meneruskan agenda reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pencalonan beliau bukan hanya soal personaliti, apatah lagi semata-mata faktor warisan. Ia adalah soal masa depan PKR sebagai parti yang terus relevan dan diyakini rakyat.

“Dalam dunia politik hari ini yang semakin mencabar, kita memerlukan pemimpin yang mampu menjadi jambatan antara generasi pengasas reformasi dan generasi baharu.

“Semoga pencalonan ini mendapat sokongan seluruh anggota dan membuka lembaran baharu dalam usaha memacu PKR sebagai parti masa depan untuk Malaysia yang lebih adil,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini menyokong pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu.

Katanya, Nurul Izzah tidak asing dalam pentas perjuangan PKR dan membuktikan keteguhan iltizamnya sejak hari pertama gerakan reformasi.

“Nurul Izzah membawa bersama kekuatan nilai dan wawasan yang amat diperlukan untuk memimpin parti menghadapi cabaran mendatang.

“Nurul Izzah mampu membawa nilai kesederhanaan, ketegasan prinsip dan daya fikir progresif yang amat penting dalam menyuntik semangat baharu dalam parti.

“Beliau juga diyakini mampu memperkukuhkan lagi sinergi antara PKR dan rakan-rakan gabungan dalam kerajaan perpaduan demi kestabilan negara,” katanya.

Nurul Izzah sebelum ini mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan kali ini.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...