Pimpin PERKIM 19 tahun, Tun Mahathir dilantik penasihat khas

KUALA LUMPUR, 11 MEI — Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Penasihat Khas Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) menerusi satu Mesyuarat Agung Tahunan semalam.  

Bekas perdana menteri itu merupakan Yang Dipertua PERKIM selama 19 tahun sejak 2006 sebelum digantikan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Abang Johari berkata Tun Mahathir membawa PERKIM ke tahap yang membanggakan dan menjadi teladan dalam perjuangan dakwah serta kebajikan Islam di Malaysia. 

“Meneruskan legasi yang ditinggalkan ini bukan satu tugas yang mudah.

“Namun dengan sokongan padu daripada semua peringkat, saya yakin kita mampu memperkasakan lagi peranan PERKIM dalam landskap dakwah moden.

“Pada hemat saya, PERKIM harus kekal vokal dan aktif dalam menyatakan pendirian serta membela nasib saudara seagama melalui pendekatan berkesan dan berhemah,” katanya.  

Abang Johari berkata PERKIM perlu kekal lantang dan aktif dalam memperjuangkan nasib umat Islam khususnya isu global seperti konflik di Gaza.

Katanya, dakwah di Malaysia perlu menggunakan pendekatan lebih inklusif berasaskan kasih sayang, pendidikan serta kesedaran berterusan dalam usaha mendekati masyarakat.

Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM ke-64 semalam turut dihadiri Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib dan Naib Yang Dipertua PERKIM Datuk Seri Shahidan Kassim. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...