Pesta gol, Hannah teruja kemarau 11 tahun berakhir 

KUALA LUMPUR, 11 JUN — Menteri Belia dan Sukan menzahirkan rasa bangga atas kejayaan Malaysia menewaskan Vietnam dalam aksi kedua Kelayakan Piala Asia 2027 semalam. 

Hannah Yeoh berkata kemenangan itu satu kenangan manis selepas Malaysia menamatkan penantian 11 tahun untuk menewaskan pasukan Naga Emas itu.  

“Tahniah diucapkan kepada jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski di atas kejayaan menewaskan Vietnam 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027.

“Gegak gempita Ultras Malaya ditambah lagi sorakan padu 61,512 penyokong menjadi satu memori manis kepada rakyat Malaysia yang meraikan kejayaan ini.

“Sekaligus menamatkan penantian 11 tahun menang terhadap Skuad Naga Emas,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam. 

Harimau Malaya beraksi cemerlang pada separuh masa kedua menyaksikan jaringan gol pertama pada minit ke-49.

Penyerang Joao Figueiredo menjadi pencetus semangat apabila rembatan kencangnya terkena pertahanan Vietnam lalu menewaskan penjaga gol Nguyen Filip.

10 minit kemudiannya Rodrigo Holgado memanfaatkan kekeliruan dalam kotak penalti lawan untuk melepaskan sepakan leret yang tepat ke penjuru gawang untuk gol kedua Malaysia.

Kehangatan Stadium Bukit Jalil terus membara apabila Corbin Ong meledak gol ketiga pada minit ke-67 selepas menyambut hantaran lintang cantik daripada Arif Aiman Mohd Hanapi.

Kemenangan mutlak Malaysia dimeterai Dion Cools pada minit ke-88 apabila beliau menanduk masuk bola sepakan sudut. 

Keputusan penuh menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan Vietnam dengan kemenangan bergaya 4-0 dalam aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom 

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

“Jangan salahkan orang lain” Akmal Saleh templak Fadhli Shaari

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh selar...

KDN siasat ‘penunggang politik’

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat dan mengesan sekiranya...

Harimau Kumbang Hilang Taring Dibelasah Dan Dibaham Harimau Selatan 6-0

Skuad Penang Fc diurus dengan cukup profesional dan antara...

Memorandum haram vape sedang dirangka

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, butiran dan...