Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda – Amirudin

Gambar Bernama

SHAH ALAM: Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama iaitu menjamin kestabilan dan meneruskan proses pemulihan negara sebagaimana terkandung dalam kerangka Kerajaan Perpaduan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Amirudin Shari berkata untuk peringkat pemuda, lontaran pandangan berbeza dalam sesuatu isu adalah biasa, mengambil kira peranan sayap parti yang perlu dilihat agresif sebagai barisan hadapan parti masing-masing.”Untuk peringkat pemuda, ini biasa… pemuda ini perlu agresif, maju, perlu mewakili barisan hadapan parti dan sebagainya.

“Saya yakin kepelbagaian pandangan itu juga satu hikmah yang boleh membawa kebaikan asalkan tidak terkeluar dari asas dan kerangka Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tradisi Negeri Selangor Sesi 2024-2025 kepada 373 individu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan Adam Adli Abd Halim dan Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Akmal Saleh berbalas kenyataan pasca-Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap dan keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkaitan status kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong kerajaan.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berharap pemimpin muda itu tidak berterusan membincangkan hal dalaman parti secara melampau di pentas terbuka.

“Nak beza pandangan sikit okey, mungkin antara kita ada pandangan berlainan. Itu pun okey tetapi jika ada masa untuk berbincang secara dalaman, berbincanglah secara baik sebab ia hal dalaman parti,” katanya.

BERNAMA | #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Anwar nafi imuniti, enggan dakwaan bermotif politik 

KUALA LUMPUR, 4 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Ramai terima darjah, MCW seru ketatkan saringan

KUALA LUMPUR,4 JUN — Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mencadangkan...

PENGAMPUNAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

1. Saya ucap terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara...

Fadhlina, Zambry bincang tubuh Majlis Pendidikan Negara

KUALA LUMPUR, 4 JUN — Menteri Pendidikan hari ini...