Pernyataan tentang DLP – Prof Dr Awang Sariyan

DLP tidak perlu diteruskan kerana menyebabkan wujudnya polarisasi antara pelajar dua aliran bahasa penghantar, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris perlu dibuat melalui mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri, terutama peningkatan sukatan pelajaran dan bahan ajar yang memenuhi keperluan penguasaan bahasa itu, kaedah pengajaran atau pedagogi yang berkesan dan jumlah guru bahasa Inggeris terlatih yang cukup.

Seperti cadangan saya di Dewan Negara, sekolah vernakular (sementara ini, sebelum kerajaan tegas untuk meniadakannya) perlu diberi suntikan ciri kebangsaan yang jelas, khasnya dengan beransur-ansur menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar mata pelajaran lain. Setakat ini bahasa Melayu hanya menjadi satu mata pelajaran di sekolah vernakular, itu pun dengan buku teks yang berlainan. Untuk permulaan, jika tidak pun 100 peratus, perlu ada peratusan tertentu yang diwajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, selaras dengan usul Penyata Razak 1956. Barulah penguasaan bahasa Melayu pelajar lebih meningkat dan sekolah vernakular mempunyai citra atau imej kebangsaan berdasarkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

#InspirasiChannelz #InspirasiKataAnda

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Anwar nafi imuniti, enggan dakwaan bermotif politik 

KUALA LUMPUR, 4 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Ramai terima darjah, MCW seru ketatkan saringan

KUALA LUMPUR,4 JUN — Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mencadangkan...

PENGAMPUNAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

1. Saya ucap terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara...

Fadhlina, Zambry bincang tubuh Majlis Pendidikan Negara

KUALA LUMPUR, 4 JUN — Menteri Pendidikan hari ini...