Pernah dikecam geng Anwar, Izzah seru kenang sejarah

KUALA LUMPUR, 19 MEI — Nurul Izzah Anwar menggesa perwakilan PKR menilai sendiri prestasinya tanpa mengaitkan kepimpinan bapanya sebagai Perdana Menteri.

Calon Timbalan Presiden PKR itu berkata terdapat perkara yang diputuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak disenanginya dan ia tercatat dalam sejarah. 

“Ya, tiada siapa yang ingat akan perkara ini. Saya juga pernah ‘diserang’ beberapa kali oleh ‘team’ beliau [penyokong Anwar]. Jadi, saya cuba sehabis baik [untuk parti].

“Oleh itu, hakimilah saya berdasarkan sejarah [perjuangan] saya dan rekod pencapaian saya dalam parti,” katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam semalam. 

Beliau menegaskan tiada program debat bersama pesaingnya Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Katanya, perwakilan dalam Pemilihan PKR kali ini akan disantuninya bagi terus memperkukuh semangat perjuangan parti. 

Pengarah Strategi PKR sebelum ini mahu Nurul Izzah mempertimbangkan semula pelawaan Rafizi untuk berdebat bagi membincangkan isu pemilihan parti. 

Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata debat adalah budaya parti bagi mencambahkan lagi pemahaman setiap pihak terhadap sesuatu perkara.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...