Permohonan Tun Dr Mahathir Semakan Kehakiman Kes RCI Batu Putih Di Tolak Makhamah

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad gagal dalam permohonannya semakan kehakiman, untuk diwakili peguam berhubung prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, dijalankan secara terbuka, di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.

Beliau memfailkan permohonan itu melalui Law Practise of Rafique di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Pengerusi RCI Tun Md Raus Sharif dan Timbalannya, Tan Sri Zainun Ali sebagai responden.

Turut dinamakan sebagai responden ialah ahli-ahli RCI iaitu Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin, Profesor Datin Dr Faridah Jalil, Datuk Mohammed Ridha Ham Abd Kadir, Tuan Hai Dickson Dollah dan Setiausaha RCI Zamri Misman.

Dr Mahathir memohon deklarasi bahawa beliau adalah seorang individu yang terlibat atau berkaitan dengan perkara yang sedang disiasat oleh RCI untuk mengkaji perkara mengenai pengendalian kes itu di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Selain itu, beliau memohon perintah melarang Md Raus daripada bertindak selaku Pengerusi RCI dan melarang Dr Baljit serta Mohammed Ridha menjadi ahli RCI.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...